Sewa kereta Toyota Altis baru hanya dari RM288 untuk sehari dan jimat RM50 untuk 3 hari sewa. Tawaran terbaik di Malaysia. Rancang cuti Hari Pekerja untuk 1hb Mei dengan keluarga anda dan lawat tempat untuk dikunjungi. 

Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.

Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu sementara anda mencuba aktiviti seperti meluncur angin hingga berkayak. Untuk aktiviti lebih mencabar, apa kata anda cuba aktiviti "parasailing" sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dari atas.

Apabila malam melabuhkan tirai, suasana malam di Batu Ferringhi menjadi meriah dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan perhiasan hingga barangan cenderahati menarik.

Saksikan artisan tempatan mendemonstrasi pembuatan kraf yang rumit serta melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar- bazar di sini menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

Di Perak, Istana Kellie dibina sebagai rumah kedua bagi pengusaha ladang dari Scotland bernama William Kellie Smith pada abad ke-20. Tinggal jauh dari kampung halaman, Kellie berhasrat membina kediaman baru yang dapat mengembalikan kenangan di rumahnya yang jauh di Scotland. Mahligai ini terletak di bahagian atas bukit yang pada asalnya adalah sebuah estet getah. Jalan ke Istana Kellie dibina mengikut kontur tanah yang berliku-liku dan menggayatkan, sehingga seperti akan sesat, menambahkan lagi misteri dan suasana romantik kawasan itu.

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu yang menghadap sungai, iaitu A'Famosa. Melaka adalah pusat perebutan antara kuasa-kuasa besar pada masa itu, dan mengalami ancaman serangan berterusan, sehingga kubu A'Famosa berada dalam keadaan kritikal ketika Portugal mengekalkan tapak penjajahannya di Timur.

Pulau Tioman, syurga percutian di Laut China Selatan. Diiktiraf sebagai satu daripada pulau percutian terbaik di dunia, Pulau Tioman ialah lokasi bagi muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959. Pulau ini ialah tempat yang ideal untuk berehat di bawah sinaran matahari. Berenang di dalam air laut berwarna kehijauan, berjalan-jalan di tepi pantai atau tidur lena mendengar deruan ombak. 

Jadi, jomla sewa kereta dan nikmati cuti bulan Mei dengan keluarga. Kita juga ada lebih dari 100 pilihan kereta untuk dipilih dengan harga yang terbaik, Jaminan Kereta Terbaik ! 

Kod voucher diskaun untuk sewa 2 hari adalah 1STMAY25.

Kod voucher diskaun untuk sewa 3 hari DAN keatas adalah 1STMAY50.

Selamat Bercuti !